Pagi Ahad yg permai... hubby lepas subuh dah berjogging di pantai, lepas tu berenang di laut. Lepaskan gian... kalau anak2 dah bangun sure tak dapat pergi. Along pulak dah order sarapan di cafe Sri Intan, sarapan ready jam 9.15am.

Kalau tak mengacau Hiqmal, bukan Wani namanya....

Puteri babah dah kembungkan pipinya, buat muka boringnya makanan tak sampai lagi...

Lambat pulak makanan nak di hidang ni... apa-apa hal pose dulu. Along & family
Tau jugak tu handphone baru keluar dari kotak... tak habis2 membelek hp barunya. Tengok Haiqal & Qimi tu... best je mengadap sarapan. Si tudung hitam tu mengadap hp je....
Lepas sarapan anak2 sambung lagi terjun ke kolam renang sampai pukul 11.00. Kak Long, Along hubby aku dah bersantai ke pantai. Aku kena pantau anak-anak di kolam renang. Pukul 11.00 semuanya kena naik bilik bersiap, berkemas utk "check out" pukul 1.00 pm. Kami ada agenda berikutnya ke Kuala Lumpur, ada majlis kenduri kahwin anak Dato' Razali Abdul Razak yang merupakan sepupu kami di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Sambung lagi kisah percutian di Sri Intan PD....

Petangnya mereka terjun kolam lagi...dah petang kolam renang lagi meriah, lagi ramai, lagi penuh... Cuaca pun dah tak panas... tu yg lagi ramai di kolam renang, kalau paginya kebanyakkan kanak2 je... tapi bila dah petang dgn mak bapak sekali yg terjun, bersantai-santai di tepi kolam...
Penat berenang, berendam... pukul 6.30 semuanya dah naik bersihkan diri, dah sibuk nak makan "kelaparan dan akhirya semuanya dah pengsan.... kecuali Hiqmal yg masih mampu layan kartunnya...itu pun kejap je.

Maka mama dan babah pun apa lagi... memandangkan anak2 dah pengsan dan keluarga Along pun ada, mengepak-gepaklah berdua ke tepi pantai melihat keindahan "sunset"... Subhanallah


Gambar ni paling mahal... "Dalam dakapan senja" gitu... jangan jelous. Dah penat berdua-duaan di tepi pantai, jalan berpegangan tangan, maghrib pun dah masuk so nak balik ke Sri Intan, nengok gate belakang dah tutup. Tulah lupa daratan bila berdua-duaan... dah tertera notis kat gate tu tutup pukul 7.00 pm, so kenalah jalan jauh sikit masuk kat main gate.
Jumaat 6/12/2009 - Lepas ofis terus ke PD. Sampai jam 8.45pm gitu di Sri Intan. Along dan family dah check in dulu.

Kebetulan pulak bilik aparment kali ni bebetul berhadapan dgn kolam renang. Dahlah tu bawah pulak. Lagilah anak2 tak sabar menanti siang.
Hasilnya sesubuh lagi anak-anak dah bersiap sedia dgn pakaian renang dan pelampung tangan. Nak suruh sarapan pun payah. Along & family pulak bersiap nak ke Tiara Beach Resort, sebab adaHari Keluarga TM

Lepas selesai sarapan barulah boleh ke aktiviti seterusnya... terjun kolam...


Inilah anak-anakku yg lupa daratan bila berada di kolam renang... ajak berenang ke laut, bermain pasir pantai semuanya geleng kepala...terutamanya Hiqmal yg ligat mengeleng. Takut dgn bunyi deruan ombak...