Fuhhhhhh........lama sungguh tak menulis kat blog ni. Dah bersawang, berhabuk, berdebu. Banyak benda yg dah ketinggalan utk di "update"kan. Cuma yg terbaru ni 28/11/2010 anak arwah along selamat bertunang dgn jejaka pilihan hatinya. Alhamdullillah semuanya berjalan dgn lancar w/pun awal pagi tu ada berita sedih, ibu kepada emaknya kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Haqimi pun selamat berkhatan pada 30/11/2010. Qimi pun ada ceritanya juga... tapi alhamdullillah perkara yg baik memang dipermudahkan Allah. Terima kasih Dr. Dinon dan Dr. Shuib, Health Centre IIUM Gombak. Seronok bercuti seminggu menjaga Qimi dirumah bersama hubby dan Haiqal. Wani & Hiqmal memang kena hantar ke Educare, kalau tak sure dia kacau abang Qiminya.

Cepat sungguh masa berlalu...pejam celik pejam celik dah Disember menjengah. Dah mula sibuk dgn persedian anak-anak sekolah. Tahun ni Wani akan memulakan alam persekolahannya. Seriau jugak mengenangkan si "princess" babah tu. Haiqal pulak tahun depan akan berhadapan dgn UPSR. Qimi pulak darjah 4. Hiqmal sure memulakan tadikanya di Educare. Pusing kiri, pusing kanan semua DUIT, DUIT, DUIT... Semak punya semak apalagi yg memerlukan DUIT ni... ambik ko... roadtax,insuran kereta tamat 28/12/2010 ni ... lesen kereta mati 21/12 ni jugak. DUIT LAGI...

Tadi hubby ajak temankan dia cari baju utk dinner tempat kerjanya malam ni. Tema tahun ni black/gold. So lepas lunch tadi pergikan ke shopping mall dgn hubby. Sib baik anak-anak semua tak nak ikut... mereka ada agendanya tersendiri. Memang ingat sesangat... masa nak pergi tu letakkan duit dlm poket seluar jeans note RM50 (1 baru, 1 lama)bersama handphone. Masa nak masuk shopping mall berkenaan seluk poket seluar jeans duit tu tak ada... Cakap dgn hubby, hubby cakap mungkin tercicir dlm kereta kot. Dalam pada tu ligat kepala otak ni berfikir pasal duit tu..., keluar dari rumah terus naik kereta ke shopping mall, memang tiada singgah kat memana pun. Parking kereta terus jalan berpegangan tangan dgn hubby masuk ke shopping mall. Masa dipintu utama shopping mall berkenaan seluk poket seluar jeans, duit tu tak ada. Kalau ada "pick-pocket" sure handphone pun diambil sekali. Handphone ada, tapi duit tak ada. Malas nak fikir bebanyak... redha jelah. Bak patah kata hubby "hilang Rm100.00 kalau sesiapa jumpa niatkan sedekah je, nanti Allah balaslah lebih lagi". Balik rumah cerita dengan anak-anak... Haiqal masuk bilik ambil tabungnya serahkan tabung kat mamanya "Mama ambillah semua duit dlm tabung abang ni... sebagai ganti duit mama yg hilang tu" (terharu sungguh dgn tingkah lakunya). Tak apalah yg dah hilang tu biarlah hilang, memang bukan rezeki lagi. Next time kena lebih berhati-hati.