Dalam kalut bersiap nak pergi kerja lepas subuh tadi nengok si bombom relax je lepas solat subuh di sofa sambil menyelak-yelak majalah lawak kampusnya. Hari ni kan Khamis 28/2/2013... katanya kena bertugas di pertandingan bolasepak MSSD, napa tak siap lagi ni, kang cikgu ternanti-nanti abang. "Mama ni bukan ke semalam abang dah beritahu yang abang batalkan bertugas PBSM tu..., mama lupalah ni". "Ya ke?, sorrylah abang, kenapa abang batalkan?" "Semalam yang abang cakap tu mama angguk je...memanglah ma, masa kat kelas petang semalam cikgu cakap hari ni ada ujian PBS, so abang beritahu cikgu PBSM yg abang tarik diri bertugas sebab ada ujian PBS, antara ujian PBS dan bertugas di PBSM, PBS lagi penting ma, dalam hidup ni kita mesti tau mana yg terpenting, penting, kurang penting ma". "Sabtu - Ahad ni abang ada perkhemahan PBSM di padang sekolah, abang tidur di sekolah... surat kebenaran perkhemahan tu minggu lepas abang dah tunjuk kat mama dan babah pun dah tandatangan tau mama". "Ada keratan surat tu abang lekatkan kat soft board study table abang tu..." Oklah abang, thanks ingatkan mama, mama pun nak gi kerja dah, kang lambat pulak adik-adik sampai sekolah... Good luck for your PBS and take care, jangan jatuh longkang lagi tau.
Dalam perjalanan gi kerja, berfikir sejenak, napa sejak akhir-akhir ni kurang fokus, apa yang anak cakap main angguk je tapi tak fokus apa intipatinya. Adakah disebabkan faktor usia, disebabkan keletihan berkerja di samping menguruskan adik-adiknya sekolah, disebabkan kurang rehat, kurang tidur? memacam...
Haiqal pun dah 14 tahun, dah remaja... mama dan babah pun kena lebih fokus dengan anak sulung ni jugak, kena luangkan masa berkongsi cerita dengan anak ini... masa ni pengaruh rakan sebaya memainkan peranan. Takut dan seriau bila nengok berita, baca s/khabar.. memacam hal dengan generasi Y ni sekarang. Faktor utama ialah kurang kasih sayang.
Apa-apa pun syukur Alhamdullilah rupanya anak sulung mama dah besar, dah tahu berfikir. Dah tahu memilih mana yg terpenting, penting dan kurang penting. Dah yakin dengan keputusan yang dibuatnya, kalau tak dulu sikit-sikit talifon tanya itu ini, tanya nak buat cam mana... kini dah kurang dah... semoga terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat dan menjadi contoh buat adik-adiknya.
15 TAHUN DAH USIA PERKAHWINAN KAMI...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..syukur kepada Allah swt kerana memanjangkan usia perkahwinan kami dan dalam keadaan masih sayang menyayangi,cinta mencintai...ececeh..jiwang eh! Sila feeling2 skit kalo baca post nih ;P
Terasa sekejap jer 15 tahun sudah rupanya hidup bersama..
Tahun demi tahun semakin kukuh dan saling memahami.. Dugaan bukan takde,tapi redah jer bersama2.. negatif positif sikap masing2 cuba saling menerima.. keburukan kebaikan masing2 sudah pasti ada..kerana itu kita dikurniakan pasangan untuk saling melengkapi..
Aku untukmu,dan kau untukku..itulah sebuah cinta dalam perkahwinan..
Aku ingin melihat kegembiraanmu..dan kau ingin melihat kegembiraanku.. kita sama2 saling cuba membahagiakan.. Semoga kebahagiaan kekal untuk kita sehingga ke akhir hayat..
aminn ^_^
Kini perkahwinan kita diserikan dengan 4 cahayamata..yang masing2 dengan karenahnya..namun tetap membawa bahagia..syukur kepadaMu ya Allah..
Buat suamiku..
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 15 sayang... Semoga ikatan ini semakin utuh dan kukuh biar apapun dugaan menanti.. Terima kasih atas segala2nya.. ;)
Syukran jazilan ke hadrat ALLAH SWT. Pejam celik pejam celik hari ni 14/2/2012 genap 14 tahun usia perkahwinan kami
Sekalung penghargaan buat hubby tersayang MOHD.AZHAR BIN MOHAMED.
Suami, sahabat dan teman yang selalu
mengerti dan sentiasa disisi untuk bersama-sama
berkongsi cerita suka duka dan rasa hati
Melayari bahtera kehidupan bersamanya dikurniakan
4 cahayamata 3 putera dan seorang puteri
Anak-anak yang dikasihi
Muhammad Haiqal, Muhammad Haqimi, Ainin Hazwani dan Muhammad Hiqmal
Terhimpun doa mama dan babah agar abang dan adik-adik
menjadi anak soleh dan pengasih
Sucikan hati dan berjalanlah di atas landasan
ketakwaan dan iman.
Hubby gi maybank annual dinner... so tinggal kat rumah dgn 3 orang anak, Haiqal, Hazwani dan Hiqmal. Haqimi tak ada... ada program kat masjid UIAM dan bermalam disana. Wani dan Hiqmal sering bertanya mana abang Qimi... bila depan mata asyik berbalah, asyik bergaduh berebut remote astro. Haiqal pulak berharap adik Qiminya boleh menyesuaikan diri dan pandai bawa diri dan tak menangis... maklumlah Qimi tu sensitif orangnya. So tak ada siapa malam ni yg berebut main PSP, PS2 dan computer... kalau tak ada je jeritan sana sini... tukang kacau mati kutu, tiada orang yg nak dikacaunya. Tukang nyakat pun sama jugak... tiada orang yg nak berbalah berebut remote astro, tiada "pejuang bahasa" yg cukup suka mengalih bahasa inggeris ke melayu. Kiranya memasing dah bergolek-golek depan TV layan channel 613... tak ada sapa nak alih channel... tunggu Qimi balik esok, sure bergema suara-suara jeritan sana sini.
November datang lagi... 1st.November birthday biras (merangkap adik ipar hubby). 5hb. November, pulak birthday hubby.. dah kebetulan esoknya Hari Raya Aidil Adha, maka sambut sekali. A very big thank you kat anak buah Aimi dan suaminya Zaidi yg membuat kejutan di hari raya Aidil Adha... kiranya 2 in 1... memandangkan birthday maksu in November jugak, so dia pun buat sekali sebab kata mereka nanti masa tu maksu tak balik kampung pun... terharu pulak dgn keprihatinan mereka ni...
16hb. November... ada MMC di IIUM Nilai Campus, gi sana dgn Hartini dan Kak Na. Petang tu masa ambil anak-anak balik sekolah, nampak Haiqal kurang ceria seperti selalu... bercakap pun nak tak nak je... tanya nak makan apa pun dia wat tak layan je... lepas solat isyak dia dah masuk tidur.... sure babahnya risau dan buat edisi siasat... rupanya dia risau dgn result UPSR yg akan keluar esok... lawaklah Haiqal, boleh tak lalu makan minum disebabkan result UPSR tu...kalau cam ni hari-hari sure kurus anak bertuah ni.
17hb. November... kami cuti sebab ada hari anugerah SK Sri Damai dan ambil result UPSR Haiqal. Dalam perjalanan ke sekolah adik ipar talifon wish happy birthday... Terima kasih dik Nor... ya rabbi disebabkan Haiqal dan UPSRnya boleh semua orang terlupa termasuk diri sendiri. Sampai di sekolah, terus ke dewan... Haiqal pulak bersama kekawannya, yg akan membuat persembahan koir di akhirnya nanti. Mdm. Teh, guru English, panggil ajak duduk dgn dia kami berbual-bual pasal persembahan murid-murid tu... sesambil tu dia ada cakap tahun ni 6 org berjaya dpt 5A, dan I bangga sesangat sebab subject english 100%, BM (penulisan) pun 100%, BM (pemahaman)95% sains 96%, maths 93% lulus dan prestasi sekolah meningkat terus, semua cikgu berbangga dgn pencapaian pelajar-pelajar tahun ni. Hilang rasanya penat lelah kami selama ini. Itulah jiwa seorang guru, amat berbangga bila pelajarnya berjaya... Tiba masa pengumuman result UPSR...semua pelajar tahun 6 dah beratur ditepi dewan, semua cikgu tahun 6 dah di panggil naik ke pentas... peratusan pencapaian pelajara yg amat membanggakan pihak sekolah, before ni tak pernah SK Sri Damai mencapai peratusan yg begitu cemerlang...ucapan tahniah dan tepukan dari ibubapa yg ada di dewan kedengaran. Cikgu Nasiruddin mengumumkan seramai 6 orang pelajar mendapat 5A dlm UPSR tahun ni. Pelajar-pelajar berikut diminta naik ke pentas utk merima result UPSR mereka dari pengetua sekolah...bila nama MUHAMMAD HAIQAL BIN MOHD. AZHAR di umumkan... nampak Haiqal cam terkejut dan terketar-ketar memegang slip resultnya. Lawaklah Haiqal ni... masa tu barulah nampak wajahnya ceria dan senyum... tak resah gelisah lagi. Barulah Haiqal mampu tersenyum... sebab tu masa koir kekawannya menangis sedih, dia boleh senyum, cam tiada feeling je... dah selesai semua.. "Mama, Babah... Haiqal lapar, boleh tak kita gi makan kat subway dulu..." Bak patah kata cikgu Nasiruddinnya... hari ni ko nak makan apa pun ko cakap je Haiqal. Tapi itulah Haiqal yg sebenar... bab makan memang nombor satu... dalam pada tu sempat lagi dia menyelit "Babah, jgn lupa USS ya". Yang USS tu mama tak tahu menahu, tu perjanjian antara anak dan babahnya...So babahnya kena tunaikan... mama cuma belanja makan-makan je... :)
Ya Allah, alhamdullillah diatas kejayaan ni... inilah hadiah birthday yg amat bermakna sekali. Semoga dgn kejayaan ni menguatkan semangatnya utk mengorak kejayaan demi kejayaan dimasa akan datang... sesungguhnya perjalanan hidup ni masih panjang. banyak onak durinya yg terpaksa ditempuhi...mama dan babah sentiasa berdoa semoga Haiqal, Haqimi, Hazwani dan Hiqmal berjaya didunia dan akhirat. Mama dan babah sentiasa memberi sokongan utk kejayaan anak-anak kami dunia akhirat. Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat... itulah doa kami.
Hari ni dah 26 Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi Ramadhan akan melabuhkan tirai. Rasa hiba, pilu, syahdu pula bila Ramadhan nak berlalu... kalaulah boleh diputarkan masa, rasanya nak balik berada di 1 Ramadhan semula. Lepas ni sure aku rindu dan serindu rindunya. Rindu dgn solat tarawikh, rindu dgn senyum manis para jemaah di surau, rindu dgn suara kanak-kanak kecil menyambut selawat solat tarawikh, rindu dgn tazkirah dari ustaz-ustaz. Semuga aku berpeluang mememui Ramadhan lagi. Ya Allah panjangkan umurku agar aku berkesempatan dalam Ramadhan yg akan datang.
"Mama tak siap lagi ke... babah dan abang dah siap nak gi solat tarawikh" itulah kata-kata Haiqal. Terkedu kejap, takkan nak cakap mama tak solat, ni bermakna mama pun tak puasa, kang lagi kecoh Qimi dan Wani kalau tahu mamanya tak berpuasa. Mamanya mampu senyum kat hubby, alhamdullillah hubby cam tahu je nak menyelamatkan keadaan.. "Yang kata tak sihat, pening, tak yah pergilah, rehat je kat rumah ya, biar abang, Haiqal dan Qimi je yg pergi, nanti bila dah betul-betul sihat baru semuanya pergi". Terima kasih hubby... kerana amat memahami. "Apa mama tak sihat, kalau cam tu biar Qimi tinggal kat rumah jelah jaga mama,Wani dan Hiqmal". Anak sorang ni memang cepat mengambil kesempatan... kalau nak ke surau agak liat sikit, jenuh nak kena tazkirah barulah bergerak. Susah jugak ye... bila anak-anak lelaki mula nak membesar ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)