Akhirnya... kembara ku tukar ke Avanza. W/pun berat nak melepaskan kembara yg dah banyak berjasa tu demi keselesaan anak2 terpaksa ku lepaskan jua. Selepas ni siapa pulak tuan empunyanya... tu yg hubby membebel tu cam bebudak katanya. Pagi tadi rasa cam kekok pulak masa pemanduan tadi... geleng kepala hubby nengoknya, cam orang baru dapat lesen memandu katanya... Anak2 surelah bersorak riang, memasing dah booking tempat. Yang pasti Wani booking tempat belakang, pagi ni siap bawa bantal dan "pooh bearnya" sekali.
Haiqal yg terkenal dgn sikap "cool"nya sesekali naik angin bergegar pokok sekejap. Ini gegara semua makanan yg dia nak makan di Mydin Mall, pagi ahad lepas semuanya tiada. Terperanjat mama, babah dan adik-adiknya. Kami sampai di Mydin Mall Subang Jaya dlm pukul 10.00am. Anak2 sibuk nak makan dulu before shopping... so ikutkan ajelah. Qimi, Wani dan Hiqmal order western food..chicken chop, garlic bread, mash potato, mushroom soup. Haiqal masih tercari-cari menu idaman hatinya. Rupanya 3 stall dia dah jengah, semua menu pilihan hatinya masih lum sedia lagi, ada satu stall tu indon tu cakap nanti pukul 2.00 petang baru ada... apa lagi menjeritlah dia kat situ, "lain kali tulis kat menu tu "available at 2.00 pm only, kalau cam ni semua tak ada je baik tutup jelah..." Tercengang kami semua dan beberapa pelangan yg sedang menjamu selera kat situ. Cecepat babahnya mendekati anak sulungnya, bawa ke meja makan, memujuk suruh makan dulu apa yg ada. Adik2 pulak agaknya sebab tahu yg abangnya tengah berangin cecepat menyuakan pinggan makanan memasing ke abangnya... Qimi pulak cecepat menyuakan milo aisnya ke mulut abangnya. Haiqal makan dengan muka yg masam dan raut wajah yg bengang... sayang masa tu kamera tiada dlm beg tangan. Babah memujuk lepas shopping ni cakap je nak makan apa dan kat mana. Lepas shopping Haiqal minta nak makan Domino Pizza... alahai anak sulung ku, bab lain dia ok, tapi kalau bab makan ni dia agak emosi sikit....
Sabar jelah dgn kereta kembara ku. Semalam hubby baru bawa balik kembara tu dari bengkel... cantik pulak bila dah siap di touch-up semula catnya, polish. Rasa sayang kembali berbunga-bunga dgn kereta tu... Hubby awal2 dah warning "no sayang-sayang lagi dgn kereta tu "Cerai talak 3 terus". Memang dia dah muak dan jelak dgn masalah yg sama. Dah beribu-ribu lemon duit mengalir kat kembara tu je... kemuncaknya kemarahannya bila baru sebulan kereta tu keluar dari bengkel "overhaul engin", ia meragam lagi... overheating dan terus tak boleh start pulak. Tersadai kami anak beranak kat tepi highway Kota Damansara. Dari 6.30pm hingga ke 9.00 mlm baru towing truck tu datang. Banyak jasa kereta tu... jauh kami sekeluarga mengembara denganya,tapi tulah ketika masih berharga ni eloklah di let-go je, buat down payment utk kereta yg lain pulak. Anak2 pun dah makin membesar, hari2 bergaduh benda yg sama... sempit tempat duduk, nak duduk tepi tingkaplah, abang dah halang aircond...memacam.
Bukan apa, rasanya dah malas nak berhutang lagi.... tapi malam tadi hubby keluarkan tazkirahnya " kehidupan kita ni "bla bla.... rumah yg selesa (alhamdullillah kita dah ada), jiran yg baik (alhamdullillah jiran kita semua baik-baik belaka), kenderaan yg baik (kalau dah selalu sangat mendatangkan masalah). Oklah apa2 demi keselesaan sekeluarga turutkan jelah. Betul jugak katanya, itu masa dia bawa, kalau masa aku bawa dan ambil anak2 sekolah, kembara tu overheating lagi macammana, sure aku panik ditambah dgn anak2 di dalam kereta tu... ialah tetiba kereta tu berasap je. Nauzubillah bila memikirkannya....