Fuhhhhhh........lama sungguh tak menulis kat blog ni. Dah bersawang, berhabuk, berdebu. Banyak benda yg dah ketinggalan utk di "update"kan. Cuma yg terbaru ni 28/11/2010 anak arwah along selamat bertunang dgn jejaka pilihan hatinya. Alhamdullillah semuanya berjalan dgn lancar w/pun awal pagi tu ada berita sedih, ibu kepada emaknya kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Haqimi pun selamat berkhatan pada 30/11/2010. Qimi pun ada ceritanya juga... tapi alhamdullillah perkara yg baik memang dipermudahkan Allah. Terima kasih Dr. Dinon dan Dr. Shuib, Health Centre IIUM Gombak. Seronok bercuti seminggu menjaga Qimi dirumah bersama hubby dan Haiqal. Wani & Hiqmal memang kena hantar ke Educare, kalau tak sure dia kacau abang Qiminya.

Cepat sungguh masa berlalu...pejam celik pejam celik dah Disember menjengah. Dah mula sibuk dgn persedian anak-anak sekolah. Tahun ni Wani akan memulakan alam persekolahannya. Seriau jugak mengenangkan si "princess" babah tu. Haiqal pulak tahun depan akan berhadapan dgn UPSR. Qimi pulak darjah 4. Hiqmal sure memulakan tadikanya di Educare. Pusing kiri, pusing kanan semua DUIT, DUIT, DUIT... Semak punya semak apalagi yg memerlukan DUIT ni... ambik ko... roadtax,insuran kereta tamat 28/12/2010 ni ... lesen kereta mati 21/12 ni jugak. DUIT LAGI...

Tadi hubby ajak temankan dia cari baju utk dinner tempat kerjanya malam ni. Tema tahun ni black/gold. So lepas lunch tadi pergikan ke shopping mall dgn hubby. Sib baik anak-anak semua tak nak ikut... mereka ada agendanya tersendiri. Memang ingat sesangat... masa nak pergi tu letakkan duit dlm poket seluar jeans note RM50 (1 baru, 1 lama)bersama handphone. Masa nak masuk shopping mall berkenaan seluk poket seluar jeans duit tu tak ada... Cakap dgn hubby, hubby cakap mungkin tercicir dlm kereta kot. Dalam pada tu ligat kepala otak ni berfikir pasal duit tu..., keluar dari rumah terus naik kereta ke shopping mall, memang tiada singgah kat memana pun. Parking kereta terus jalan berpegangan tangan dgn hubby masuk ke shopping mall. Masa dipintu utama shopping mall berkenaan seluk poket seluar jeans, duit tu tak ada. Kalau ada "pick-pocket" sure handphone pun diambil sekali. Handphone ada, tapi duit tak ada. Malas nak fikir bebanyak... redha jelah. Bak patah kata hubby "hilang Rm100.00 kalau sesiapa jumpa niatkan sedekah je, nanti Allah balaslah lebih lagi". Balik rumah cerita dengan anak-anak... Haiqal masuk bilik ambil tabungnya serahkan tabung kat mamanya "Mama ambillah semua duit dlm tabung abang ni... sebagai ganti duit mama yg hilang tu" (terharu sungguh dgn tingkah lakunya). Tak apalah yg dah hilang tu biarlah hilang, memang bukan rezeki lagi. Next time kena lebih berhati-hati.


Geram, panas membara, sakit hati semuanya dah bersatu... cuma hati seorang mama tu tahap kesabaran yang dikurniakan ALLAH memang tiada bandingan. Ambil anak2 dari sekolah tadi, Haiqal dah mengadu yang dia dipanggil Mdm. Teh, guru English Qimi http://www.blogger.com/img/blank.gifmerangkap guru kelas Haiqal. Apa lagi kalau tak pasal anak bertuah yang sorang ni... Mdm. Teh cakap, Qimi dah seminggu tak bawa Activity Book Englishnya... bila ditanya dia diam je, penyudahnya Mdm. Teh cari Haiqal... "buat malu abang je" itulah rungutan Haiqal. Sebenarnya ni bukan yang pertama Mdm. Teh mengadu pasal Qimi dengan Haiqal...before ni pernah jugak.... Alahai Qimi. Balik rumah tadi Haiqal terus buat "OPS CARI" bersama adiknya...mencari buku Qimi kot kot ada terselit dimana-mana, puas mereka berdua mencari di bilik study, rak-rak buku, bawah katil, bawa sofa... tak jumpa jugak. Lepas makan malam, terpaksalah kami keluar ke JASIMA TTDI..semata-mata nak beli buku Qimi tu. Kalau ikutkan hati memang malas nak keluar...letih, penat. Dalam perjalanan Qimi kena bebel dengan babahnya. Alahai Qimi, bilalah nak berubah perangai ni, tak larat dah mamanya nak membebel...ada je perangainya yang mengugat kesabaran. Kiranya buat "homework" sepanjang perjalanan ke sekolah dalam kereta dah perkara biasa bagi kami. Bila ditegur dia boleh jawab "ciri-ciri seorang ahli perniagaan yang berjaya, sentiasa bekerja dimana jua walaupun dalam kereta...sebab ada driver". Itu belum lagi yang kekadang stokin tiada, duit belanja dah beri entah dimana letaknya. Kalau duit belanja tiada,pandai pulak dia mencari abang Haiqalnya... sian kat abang yg terpaksa share duit belanja dgn Qimi. Bila ditegur dia cakap "Sharing is Caring" sampuk Haiqal pulak "Sharing is Crying" sebab abang kurang duit nak makan... kena makan terhad je. Qimi, Qimi, Qimi... ikut perangai sapalah gamaknya.
Diam tak diam, pejam celik, ke hulu ke hilir... 23/4/2010 birthday Haiqal yg ke 11. Cepatnya masa berlalu...kebetulan pulak birthday kali ni bersamaan dgn hari kelahirannya JUMAAT, hari yang penuh barakah. Sambutan ala kadar je...setakat sebiji cake secret recipe kesukaannya dan sekotak KFC dari nenek dan maksunya sefamily, nanyian "Selamat Hari Jadi" dari adik-adiknya dan sepupunya...dikelilingi oleh nenek, maksu, paksu serta pak uda. Diringi bacaan doa dari babah dan di aminkan bersama.


Kreatiflah kakitangan maybank ni, banner tu mereka buat sendiri menggunakan banner maybank yg terpakai... kalau dah banker tu tetap dgn istilah belanja berhemah, kiranya edisi jimat kos...tak perlu menempah. Duit untuk banner boleh buat benda lain. Disebabkan ini jugaklah, tak dapat ada sama di Fellow Family Day 2010. Dah kebetulan sama tarikh pulak nak wat cam ne...sebagai isteri solehah kena ikut cakap suami...

Tempatnya memang cantik dan menarik di Tanjung Biru (Blue Lagoon,PD). Dalam kawasan berpagar, dilengkai dgn tempat mainan kanak-kanak mengadap laut... memang bestlah anak2 berbuaian di petang hari. Ada 3 banglow semuanya... dan setiap banglow mempunyai 3 bilik, ruang tamu yg besar dan lapang...






Avanza ku parking cantik di hadapan banglow penginapan kami...


Pukul 3.30 acara sukanneka bermula... pelbagai acara utk kanak-kanak dan stafnya. Belon beracun, cari gula dlm tepung, orang buta, ikat kaki, bawa belon berisi air atas kepala, anak ayam, perah span,muzikal chair. Banyak gamesnya. Hubby pulak buat lawak antarabangsanya... Kiranya menjadi kenangan lawak merekalah, dah ready nak snap gambar hubby tapi bila nengok adegan tepung gomak terus tertawa sampai sakit perut dibuatnya... Alahai suami ku sayang, kalau tak buat adegan spontan memang tak sah..




Selesai sukan, babahnya bawa kami ke Teluk Kemang kejap... ajak gi minum-minum membasahkan tekak dgn ABC. Wani mengambil kesempatan menunggang kuda. Abang-abang dan adiknya, nama je lelaki... tapi penakut. Wani je yg berani..


Malam pulak ada persembahan dari staf... boleh tahan mereka ni, bukan setakat pandai kira duit je, bakat terendam semuanya... tabik spring dgn mereka semuakan berbakat. Hubby memang kaki lawak... adegan spontannya menjadikan lakunannya hidup dan membawa gelaran juara dlm persembahan kumpulan "Lu Fikirlah Sendiri". Bak patah kata anak2nya..."cayalah babah, lokanan mantap dan meletup...". Lepas ni kalau dengar lagu "Aci-Aci bukak pintu... sure anak2nya terjerit mengingati lakonan mantap babahnya...Lepas tu ada pelbagai acara menarik diselangi dgn cabutan bertuah.
Keesokan hari ni selepas sarapan pagi mereka ada sessi bergambar. Lepas tu barulah semuanya turun ke pantai membasahkan diri di air laut. Babahnya yang layan anak2nya bermainan di laut, mamanya layan beborak dgn Kak Liza, Riz and the gengs kat bawah pokok ru je... Dah puas anak dan babah berendam di laut, barulah mereka naik dan membersihkan diri... Lepas lunch kami pun berkemas dan meninggalkan banglow maybank.




Ni pulak gambar si Hiqmal...di waktu orang lain sibuk bersukan, terjerit sana sini...dia buat halnya sendiri...




Ni satu lagi aksi menakalnya... panjat tembok pagar kawasan banglo tu..



Pasangan merah... bukan penyokong Taksin tau.. entah masa bila Haiqal snap foto ni.



Opps..lupa pulak, cabutan bertuah dapat barangan IKEA... suka sesangat dapat kuali yg bertangkai tu.."wok", balang kaca hexagon dan pinggan. Dah lama berangan nak beli "wok" tu tapi setiap kali pergi IKEA... mesti terbeli barangan lain dulu so bila sampai ke bahagian barangan dapur dah tiada budget. Sorry tiada gambar,bateri camera dah kong.
9/4/2010 "OPEN DAY" sekolah Haiqal dan Qimi. Pepagi lagi dah ada kat sekolah anak2 dgn babahnya.... seperti biasa Haiqal sentiasa di top ten, guru kelas, Penolong pengetua memuji Haiqal... "intellegent" more knowledge. "Kalau I nak komen pasal Haiqal hanya tulisannya je yg kena dibaiki lagi...tulisannya more to doctor style". Fuh anak sulung yg sorang ni dah jenuh mama menitik jejari montoknya... tulisan payah sungguh nak bertukar, genetik babahnya kot.. tulisan buruk ya amat. Babahnya cecepat mengaku dgn teacher Haiqal "like my writing" bak patah kata teachernya "like father like son"....

Qimi pulak memang kami dah agak komen gurunya...kena usaha lebih sikit, jenis pendiam di sekolah. Tak menanya, faham atau tidak. Kalau abangnya sure seawal mungkin dah menanya sehingga dia faham... seperti biasa sedikit sebanyak gurunya tak lari membandingkan antara dia dan abangnya... Kalau Qimi dengar sure dia merajuk. Kali ni ada peningkatan dlm examnya... peratus keseluruhan 63%... berbanding hujung tahun dulu 52%. Alahai anak kedua mama ni... kalau ditegur sikit mudah merajuk... ngikut sapa agaknya. Kalau marah lelebih nanti mulalah keluar ayat yg menaikkan suhu kemarahan mama. Tampak pendiam tapi sesekali mengeluarkan patah perkataan memang pedas berapi, meletup gitu...

Wani... ni lagi sorang puteri babahnya yg cenggeng, kalau moody di pagi hari akan dibawa ke petang. Kalau benda tu yg dikehendakinya tak boleh dilarang, selagi dilarang, selagi tu dia akan berupaya mendapatkannya. Bebarunya ni ada latihan sukan, teachernya masukkan dlm "acara kon ring", dia tak nak acara tu, tak adventure katanya... senang sangat... dia nak acara lari dlm guni jugak... guni lagi tinggi dari dia... pening kepala teachernya. Penyudahnya teachernya ikutkan aje. Yg lawaknya bila sampai di pertengahan, dia keluar dari guni tu berlari ke garisan penamat sambil marah-marah kat guni tu sebab tak bawa dia belari laju-laju, sebab tu dia kalah.... ada ke patut guni pulak yg dipersalahkan. Tergelak dengar cerita teachernya.

Hiqmal... anak bungsu setakat hari ni. Melasaknya payah nak cerita. Selera makan alhamdullillah...semua benda dia suka. Tengahmalam pun kalau terjaga sibuk nak makan nasi lagi... mamanya tak layankan. Kasi minum air masak je... So kalau hujung minggu make sure lepas solat subuh je terus tanak nasi. Nanti bila dia bangun sure nasi yang ditanyanya bukan susu.Hobinya mengacau si kakak yg cengeng tu... selagi kakaknya tak menangis, tak puashati. Bila kakaknya dah menangis, pandai pulak memujuk memeluk kakaknya sambil cakap "I'm sorry....kaki pembuli jugak rupanya.
Along dalam kenangan...

Daun waktu
sebelum 2009 menutup tirai
dengan cerita dukaku
meruntun hati seorang adik
bila Alongnya berlalu pergi
kembali ke negeri abadi
menemui hakiki Ya Muhsi

Sempurnanya seorang Along
seperti namanya
yang abadi tersemat
dijilitan kitab-kitab bakti
dan khidmat semarak
setiamu yang amat berkat

Akhirnya sebuah impian
sejahteralah Along
dalam perjalanan menemui Tuhan
bermukim di sisi para
mereka yang beriman

Merafakkan rimbunan ampun
bait-bait sejarah
yang bertahun
Inna Lillahi Wa'inna Illahi Rajiun