2/1/2011 - Ainin Hazwani atau lebih dikenali dengan puteri babah dah memulakan alam persekolahannya... dah besar rupanya puteri babah, segak berpakaian seragam sekolah. Dah lama dia mengidamkan nak sekolah dengan abang Haiqal dan Qimi. Hari ini cita-citanya terlaksana. Happy sungguh dia, jelas terpancar kegembiraan di wajahnya. Masa orentasi tadi pun dia dengan selamba je duduk di barisan hadapan bersama kawannya Adanin dan Fayad. Anak orang lain duduk dengan ibu/ayah memasing, mereka bertiga selamba je duduk dibarisan hadapan. Selesai taklimat, pelajar tahun 1, dibawa oleh guru kelasnya ke kelas mereka. Ibu bapa kena uruskan pembayaran yuran anak-anak, pengambilan buku teks, penuhi semua borang-borang yang berkenaan. Letih jugak tangan bila dah lama tak menulis/mengisi pelbagai maklumat. Semuanya kena diselesaikan hari ini jugak.






Tahun ni 3 beradik bersekolah sama. Terharu bila nengok abang-abangnya begitu prihati dengan adik perempuannya. Mreka beriringan sambil memimpin tangan adik memasuki kawasan sekolah. Semuga sifat sayang menyayangi diantara mereka terus subur hingga ke akhir hayat. Dalam brutal Qimi, nampak dia begitu prihatin dgn Wani, dialah yang sibuk mengajar Wani cara-cara nak membeli makanan di kantin. Dialah yang menunjukkan tandas pelajar perempuan kat Wani. Wani di kenali sebagai adik Haiqal dan Qimi. Semua pelajar tahu, Wani ada 2 orang abang... jangan berani usik Wani



Haiqal segak bergaya dengan uniform pengawasnya...




Qimi selepas berkhatan semakin bulat, semua cikgu menegurnya "Qimi, kenapa makin tembam ni, dah kalah abang Haiqal". "Tulah mama saya tu suka sangat masak yang sedap-sedap, mana saya tak makan banyak". Tulah bila mama dan babah cakap dia tak percaya, bila semua cikgu dan kekawannya tegur, baru dia tahu... dah dia salahkan mama sebab masak yang sedap-sedap.



Mama dan babah doakan anak-anak mama sentiasa bersemangat menimba ilmu pelajaran di sekolah, dipermudahkan belajar, terang hati dan sentiasa dibawah perlindungan dan rahmat ALLAH. Semuga semuanya jadi anak yg soleh/solehah dan berjaya dalam hidup.