Marhaban Ya Ramadhan...syukur alhamdullillah masih dipanjangkan usia oleh Allah.

Bila datangnya Ramadhan hati tetiba dipagut sayu dan pilu...terkenang arwah abah dan emak yg telah lama tiada. ALFATIHAH....Nostalgia dizaman anak2 dulu bertalu-talu terbayang diruang mata, tambahan pula bila diri sendiri dah bergelar mama pada 4 cahayamata ni. Kekadang keletah anak2 bila menghadapi Ramadhan sebijik sebijuk cam perangai mamanya juga dedulu... betul kata arwah mak dulu "nanti bila ko dah ado anak, ko taulah camno rasonya...." Terutama bila tiba waktu berbuka, berebut tu dah pasti, lepas tu cam tak nampak makanan setahun... semuanya nak dibaham, dah kenyang cam ular baru habis baham seekor kambing, terus tersandar kat sofa sambil mengadap TV... bila suruh solat katanya nanti kejap kenyang sangat....punyalah liat nak solat.... nak kena angkat rotan dulu baru meluru pergi. La ni waktu berbuka semuanya kena minum dan makan kuih je, lepas tu solat maghrib dulu, dah selesai semua baru boleh makan nasi dan segala juadah yg atas meja. Solat pun laju je. Tiada lagi istilah "nanti kejap"... Ramadhan yang pertama dan kedua yg lepas balik ke Port Klang, rumah mak mentua. Berbuka dan bersahur bersama mak mentua dan ipar duai ....riuh rendah dibuatnya. Nenek pulak sibuk melayan kerenah cucu2nya. Nampak kegembiraan dan kepuasan di wajah mak, bila semua cucunya berkumpul. Kecoh rumah nenek kejap dgn telatah cucu-cucunya.

2/8/2009 - Selesai majlis pertunangan Farid di Felda Tunggal, kami terus balik. Before tu singgah di Layang-layang ziarah Pak Ngahnya pulak, semalam ziarah Mak Somnya... kebetulan Pak Ngahnya pulak baru jatuh motor... dgn kaki yg luka dan bengkak sana sini. Lepas maghrib kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Dinner di Umbai... makan ikan bakar. Lepas dinner terus ke Hotel Seri Malaysia, Air Keroh. Check in.... berehat. Esok harinya 3/8/2009...selepas sarapan pagi memasing kemaruk nak mandi kolam... terus berendam di swimming pool bersama dgn babahnya sekali. Pukul 12.30 baru check out...

Menikmati sarapan pagi. Haiqal melayan adik2nya.



Seronoknya mereka berendam...



Before check out...sempat lagi berpossing. Balik dari Melaka terus singgah di Seremban, Pak Longnya pulak belanja lunch. Lepas lunch terus balik rumah di Kota Damansara.
















Sabtu 2/8, kami sekeluarga ke Kota Tinggi utk majlis pertunangan adik ipar disana. Ibu mertua, adik ipar dah turun sana hari Jumaat lagi. Kami sekeluarga je yang gi hari Sabtu selepas anak-anak habis kelas taekwandonya. Lepas zuhur baru kami bertolak. Singgah di hentian Pagoh untuk rehat dan makan-makan. Lepas tu teruskan perjalanan. Hubby ajak singgah ke rumah mak saudaranya di Layang-Layang...kiranya edisi ziarahlah. Hampir nak menitik air mata hubby bila disambut oleh mak saudaranya (Mak Som). Sungguh kami dah lama tak balik sana... dari anak 2 la ni dah anak 4. Mak Somnya jugak dah OKU, atas kerusi roda, kakinya dah potong sebelah akibat kencing manis. Layanan mesra dari sepupu sepapat hubby (anak-anak Mak Som) membuatkan hati dibuai perasaan amat sayu, hiba dan pilu. Ternyata Mak Som begitu gembira dengan kedatangan anak buah kesayangan... kata-kata lembut dari Mak Som cukup membuatkan kami menahan sebak didada. Sebelum maghrib kami meneruskan perjalanan ke rumah Mak Su di Felda Bukit Waha Kota Tinggi. Dalam perjalanan mak su bertali arus menalifon... risau benar kalau anak saudaranya sesat. Alhamdullilah pukul 8.45pm kami selamat sampai. Kami di sambut oleh adik ipar, mak mentua dan mak su sekeluarga. Lagi sekali kami terharu... rupanya mereka semua masih tak makan malam lagi, setia menunggu kami sekeluarga... nak makan beramai-ramai. Memandangkan makanan dah sedia terhidang di kami pun tak lengah lagi terus duduk bersila menghadap hidangan. Selesai makan, mak mentua dan mak su suruh mandi lepas tu boleh berbual panjang. Dalam bercerita itu ini, dapat panggil talifon dari bakal tunang adik ipar menyatakan yg adiknya demam dan ayahnya hantar gi klinik, diktor suspek kena H1N1... adiknya kena gi buat pemeriksaan di Hospital Kota Tinggi. Seluruh ahli keluarga risau dan resah... adik ipar lagilah gelabah... tak senang duduk, keluar masuk rumah je... barangan hantaran 15 dulang dah siap teratur dimeja. Sian pulak dgn si Farid. Jauh disudut hati sebagai kakak sure mendoakan yang terbaik untuknya... alhamdullillah pukul 3.00am bakal tunangnya talifon, menyatakan negatif. Barulah memasing dapat tidur lena dan yg pastinya Farid boleh tersenyum...