Lama sungguh tak meng"update" blog ni... Sibuk, sibuk, sibuk + maleh + maleh + pelaso (bak patah orang nogori). Dari Ramadhan dah bertukar Syawal ... Cerita-cerita di pagi Syawal yg syahdu pun dah basi cam ketupat rendang, lemang dah pelbagai juadah raya yang lain. Kampung pun dah sunyi sepi, tinggal ayam itik, kambing lembu peneman warga kampung. Kehidupan dah berjalan seperti biasa. Tiada lagi dengar gelak tawa, gurau senda, usik mengusik, sakat menyakat di kampung. Dah hilang senyum lebar atuk nenek di kampung melihat telatah anak menantu, cucu cicit beraya dikampung. Tak apalah sekadar cuci mata dan tanda kenangan yg terindah di Syawal yg mulia.




1. Anak-anak ku yg tak sama tema baju dipagi raya
2. Ibu mentuaku bersama cucu-cucunya, 1 lagi tiada sebab tengah tidur di buaian
3. Anak buah ku yg cun melecun... meletup beb.



Kekasih hati....