Buat hubby tersayang... jutaan terima kasih yg tak terhingga, tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Semoga kita sekeluarga sentiasa di bawah rahmatNYA....



5/11 - merupakan birthday hubby. Konon nak buat suprise utk hubby, nak buat candle light dinner untuknya cam tetahun yg sudah. Dah pakat dgn anak-anak, dah buat tempahan di Bora Asmara... tapi last minute terpaksa batalkan, sebab MIL. Sian pulak bila hubby talifon beritahu yg emaknya talifon, risau dgn anak sulungnya. Ialah sejak balik dari Langkawi tempohari tak gi pun menjengah MIL, hubby pun masa isterinya gi Langkawi, dia dan anak2 balik kampung Jolobu sebab ada sepupu buat kenduri kahwin. Dah tu tak bawa pulak emaknya (bertuah punya anak.. tulah lelaki, kurang peka sikit nak ambil hati bondanya...). Sebenarnya bukan tak peka, cuma rasa tak nak menyusahkan emaknya, ialah sian pulak kat emaknya, kalau dia bawa balik kampung sekali sure emaknya kalut nak menjaga cucunya 4 orang tu, lagi pun cucu-cucunya sure banyak kerenah kalau neneknya ada sekali. OKlah, demi menjaga hati MIL, terus tukar plan A ke B. Cancel Bora Asmara, terus ke Bora Nenek... lepas maghrib, bincang dgn anak-anak gi Port Klang. Before tu singgah kat KFC beli sebarrel ayam dan singgah kedai kek. So sambutlah birthday hubby kat rumah maknya... disamping tu berikan ole-ole utk MIL dan adir ipar dari Langkawi dan coklat-coklat utk anak-anak buah. Nampak MIL happy sesangat, berseri-seri mukanya. Hilang sesakit badannya, hilang sakit lututnya. Bak patah kata adik ipar, bila akak talifon je nak sambut birthday abang kat sini, emak terus cam lipas kudung buat itu ini, masak nasi, masak sambal sardin, asam tumis ikan terbuk, sambal tumis ikan bilis, goreng sayur campur. Bancuh kopi O. Itulah hati seorang IBU...kasih sayang mengatasi kesakitan. Pukul 11.00 baru balik rumah... masa tu anak2 pun dah kekenyangan tak sampai selengkong perjalanan mereka semua dah tidur.



Lama sungguh jejari ni tak menari-nari di blog ni. Lately ni banyak pulak kojonya. Bertolak
jam 10pm..dgn 3 buah bas kesemuanya. Ikut tentatif, kami sepatutnya sampai Dataran Gurun jam 5am untuk solat subuh dan buat ape2 yang patut, tapi memandangkan bas sampai cepat pukul 3.00 pagi dah sampai Dataran Gurun... laju sungguh pemanduannya. Turun sekejap kat Gurun tu gi toilet dan basuh-basuh muka, ramai dari kekawan nyenyak tidur... 4.00 am teruskan perjalanan ke Kuala Perlis dan tepat jam 5am sampai sana. Bas berhentikan di Masjid yg besar Kuala Perlis. Solat subuh di situ> Pukul 7.00 am sampai jetty, sarapan pagi dulu dgn kekawan... makanan kat sini mahal mereput...nasi lemak kosong + teh o dah RM3.50, kekawan yg ambil nasi lemak or mihun goreng + telur rebus sebiji + air suam RM4.80...terperanjat dibuatnya dgn harga yg ala-ala restoran mewah tu... tempatnya gerai tepi jalan je..ko ye pun tempat tourist attraction, biarlah kasi harga patut... memang tak puashati betullah.

Pukul 9.00 am ferry sampai.. masuk je ke ferry sambung tidur lagi...maklumlah masih ngantuk lagi sepanjang perjalanan tu bukannya tidur sangat, setakat tidur-tidur ayam je. Pukul 10.00 dah sampai Langkawi, ada adik angkat officemate dah menunggu dgn kereta honda streamnya, sian pulak dgn akak tu minta tolong temankan dia, segan katanya... so cakap dgn officer, aktiviti pagi ni tak dapat ikut. Nak check in bilik pun pukul 1.00 nanti. Adik angkat kakak tu bawa kami gi Makam Mahsuri... so jejalanlan dlm makam tu, sesambil ambil gambar. Lepas tu baru di bawa balik rumahnya yg berhampiran dgn Beras Terbakar. Besar beb rumahnya banglow gitu... kami di sambut isteri dan anak2nya. Isterinya merupa bekas student UIA matric semasa matric di Subang Jaya dulu... aku pun tak masuk kerja lagi. Kami terus masuk bilik, membersihkan diri, tukar baju bagai...lepas tu turun ke bawah. Masa tu isterinya tengah kalut kat dapur, hasrat di hati nak menolong apa yg patut, tapi biasalah sebagai tetamu tak kasi langsung buat kerja, kena marah lagi suruh duduk dah ruang rehat sambil menontot TV. Dalam pada tu kami yg memang keletihan di lambung bas dan dibuai ombak terus terlelap di sofa. Sesedar akak tu kejutkan kami untuk lunch.... wah lunch dah terhidang di meja, hubbynya pun dah balik dari solat Jumaat. Lepas lunch dlm 2.30 pm gitu hubbynya hantar kami ke Asenia Hotel, Pantai Cenang. Kekawan semuanya dah check in... Pukul 3.30pm ada taklimat dari urus setia dan talk sikit then free activity , so kitorg berjalan ke Pantai Chenang tgk sunset.. Cantik!

Malamnya ada dinner, lepas tu solat berjemaah.. aktiviti bebas, Ingatkan nak jugak jejalan tetapi memandangkan hujan, so layan cerita Nur Kasih... rakan sebilik 2 orang dah nyenyak dibuai mimpi. Senang betul kekawan ni tidur, aku jugak yg terpusing sana sini... sesedar dah 4.00am, dah bersiap untuk program Qiam pulak.... Untuk hari kedua di bumi lagenda, bermula dgn Qiam, senaman pagi, breakfast dan lawatan ke tempat2 menarik. Beras Terbakar, Cable Car, shopping di Kuah. Rupanya aku tak pandai dlm shopping mopping ni, tak reti membeli dlm masa yg dihadkan, cuma nengok kekawan memunggah je. Kiranya aku masuk dlm kategori shopping yg ingat dunialah. Penyudahnya banyak membeli coklat je... kekawan yg lain mengangkut pinggan mangkuk, periuk belanga, dan memacam lagi. Pukul 5.00 balik hotel, masuk bilik terus bersihkan diri dan solat jamak... kekawan sebilik hairan nengok aku tak sangat membeli... lucu jugak nengok kekawan mas datang bawa 1 beg jadi berbeg-beg. Malam tu lepas solat maghrib ada malam anugerah, dinner, cabutan nombor bertuah dan pertandingan karaoke. Staff lelaki je yg menyanyi, staff pompuan jadi tukang nengok dan tukang gelak je... suara wanita ni aurat, tu yg staff pompuan tak nanyi... Tahniahlah para pemenang anugerah pada malam tu. Pukul 11.00 mlm baru semuanya selesai. Aku, Yati, Kak Shidah, Kak Faridah ,Shila, Ros, Jujy dan beberapa yg lain tak balik bilik lagi, sambung jejalan lagi di depan hotel ni. Depan hotel ni ada lagi gerai-gerai jualan. Gerai-gerai ni tutup lewat malam...best jugak shopping ala-ala uptown ni, tak panas, tak terikat dgn masa, tak ramai orang sangat, senang nak membeli, dilayan dengan baik... Adalah beli baju T utk anak-anak dan suami. Dah tengah malam baru balik balik... balik bilik nengok kawan sebilik tengah sakat mengemas barangan, lepas tu kalut pulak cam mana nak bawak, tak cukup beg pulak... gasaklah ko orang. Aku pun terus bersihkan diri dan tidur...Esok pepagi lepas sarapan dah bersiap nak balik.

1/11/2009 - Lepas sarapan pagi memasing dah kalut utk check out, pukul 9.00 bas dah menanti utk ke jeti Kuah. Masa ni memasing sungguh, aku je yg relax, sebab tak banyak barang. Kalau ada pun cuma tambah 1 beg troli POLO, itu pun sesaja nak membeli, sebab geram nengok beg tu cantik. Itu pun ada kekawan yg tumpangkan barang dlm beg tu... sian pulak kat kawan tak ada ruang lagi nak masuk. Memasing beg semuanya beranak pinak ke 3 ke 4 beg... ada yg tak muat beg. Kalut dan riuh rendah masa nak naik bas sebab barangan yg banyak, lepas tu kalut pulak masa turun dari bas ke jetti. Kalut lagi masa nak naik ferry... kalau dah pompuan, pompuan jugak... riuh rendah, sib baiklah yg staf lelakinya ringan tulang membantu... tapi bising jugak mulut mereka "lain kali beli sampai tak ingat dunia, cam kat KL tiada" pot pet pot pet mulut mereka... tapi bantu tetap bantu jugak. Pukul 11.00 dah naik ferry... dalam ferry memasing tidur, sampai Kuala Perlis pukul 12.00... kalut lagi nak memunggah barang turun dari ferry pulak... lepas tu kalut lagi nak menyimpan barang dlm bas pulak. 3 biji bas UIA dah sedia menanti... memasing ambi tempat duduk, bas berjalan dan memasing terus menyepi... penat gamaknya dan dah mula ingat keluarga memasing. Bas berhenti di Dataran Gurun utk lunch dan solat jamak... lepas tu meneruskan perjalanan, berhenti di hentian Ulu Bernam utk solat maghrib jamak... dan meneruskan perjalanan. Pukul 9.00 mlm baru sampai CFSIIUM PJ. Hubby dan anak2 dan siap menanti... anak2 bersorak girang bila nampak mamanya dah sampai... Insyallah kalau ada rezeki nak jugak bercuti sefamily ke Langkawi... nak bawa anak2 merasa naik cable car.... kasi pengalaman baru buat mereka.