Sabtu 2/8, kami sekeluarga ke Kota Tinggi utk majlis pertunangan adik ipar disana. Ibu mertua, adik ipar dah turun sana hari Jumaat lagi. Kami sekeluarga je yang gi hari Sabtu selepas anak-anak habis kelas taekwandonya. Lepas zuhur baru kami bertolak. Singgah di hentian Pagoh untuk rehat dan makan-makan. Lepas tu teruskan perjalanan. Hubby ajak singgah ke rumah mak saudaranya di Layang-Layang...kiranya edisi ziarahlah. Hampir nak menitik air mata hubby bila disambut oleh mak saudaranya (Mak Som). Sungguh kami dah lama tak balik sana... dari anak 2 la ni dah anak 4. Mak Somnya jugak dah OKU, atas kerusi roda, kakinya dah potong sebelah akibat kencing manis. Layanan mesra dari sepupu sepapat hubby (anak-anak Mak Som) membuatkan hati dibuai perasaan amat sayu, hiba dan pilu. Ternyata Mak Som begitu gembira dengan kedatangan anak buah kesayangan... kata-kata lembut dari Mak Som cukup membuatkan kami menahan sebak didada. Sebelum maghrib kami meneruskan perjalanan ke rumah Mak Su di Felda Bukit Waha Kota Tinggi. Dalam perjalanan mak su bertali arus menalifon... risau benar kalau anak saudaranya sesat. Alhamdullilah pukul 8.45pm kami selamat sampai. Kami di sambut oleh adik ipar, mak mentua dan mak su sekeluarga. Lagi sekali kami terharu... rupanya mereka semua masih tak makan malam lagi, setia menunggu kami sekeluarga... nak makan beramai-ramai. Memandangkan makanan dah sedia terhidang di kami pun tak lengah lagi terus duduk bersila menghadap hidangan. Selesai makan, mak mentua dan mak su suruh mandi lepas tu boleh berbual panjang. Dalam bercerita itu ini, dapat panggil talifon dari bakal tunang adik ipar menyatakan yg adiknya demam dan ayahnya hantar gi klinik, diktor suspek kena H1N1... adiknya kena gi buat pemeriksaan di Hospital Kota Tinggi. Seluruh ahli keluarga risau dan resah... adik ipar lagilah gelabah... tak senang duduk, keluar masuk rumah je... barangan hantaran 15 dulang dah siap teratur dimeja. Sian pulak dgn si Farid. Jauh disudut hati sebagai kakak sure mendoakan yang terbaik untuknya... alhamdullillah pukul 3.00am bakal tunangnya talifon, menyatakan negatif. Barulah memasing dapat tidur lena dan yg pastinya Farid boleh tersenyum...

0 comments:

Post a Comment