

Kebetulan pulak bilik aparment kali ni bebetul berhadapan dgn kolam renang. Dahlah tu bawah pulak. Lagilah anak2 tak sabar menanti siang.
Hasilnya sesubuh lagi anak-anak dah bersiap sedia dgn pakaian renang dan pelampung tangan. Nak suruh sarapan pun payah. Along & family pulak bersiap nak ke Tiara Beach Resort, sebab adaHari Keluarga TM
Lepas selesai sarapan barulah boleh ke aktiviti seterusnya... terjun kolam...

Inilah anak-anakku yg lupa daratan bila berada di kolam renang... ajak berenang ke laut, bermain pasir pantai semuanya geleng kepala...terutamanya Hiqmal yg ligat mengeleng. Takut dgn bunyi deruan ombak...



0 comments:
Post a Comment