"Mama tak siap lagi ke... babah dan abang dah siap nak gi solat tarawikh" itulah kata-kata Haiqal. Terkedu kejap, takkan nak cakap mama tak solat, ni bermakna mama pun tak puasa, kang lagi kecoh Qimi dan Wani kalau tahu mamanya tak berpuasa. Mamanya mampu senyum kat hubby, alhamdullillah hubby cam tahu je nak menyelamatkan keadaan.. "Yang kata tak sihat, pening, tak yah pergilah, rehat je kat rumah ya, biar abang, Haiqal dan Qimi je yg pergi, nanti bila dah betul-betul sihat baru semuanya pergi". Terima kasih hubby... kerana amat memahami. "Apa mama tak sihat, kalau cam tu biar Qimi tinggal kat rumah jelah jaga mama,Wani dan Hiqmal". Anak sorang ni memang cepat mengambil kesempatan... kalau nak ke surau agak liat sikit, jenuh nak kena tazkirah barulah bergerak. Susah jugak ye... bila anak-anak lelaki mula nak membesar ni...



0 comments:

Post a Comment