9/4/2010 "OPEN DAY" sekolah Haiqal dan Qimi. Pepagi lagi dah ada kat sekolah anak2 dgn babahnya.... seperti biasa Haiqal sentiasa di top ten, guru kelas, Penolong pengetua memuji Haiqal... "intellegent" more knowledge. "Kalau I nak komen pasal Haiqal hanya tulisannya je yg kena dibaiki lagi...tulisannya more to doctor style". Fuh anak sulung yg sorang ni dah jenuh mama menitik jejari montoknya... tulisan payah sungguh nak bertukar, genetik babahnya kot.. tulisan buruk ya amat. Babahnya cecepat mengaku dgn teacher Haiqal "like my writing" bak patah kata teachernya "like father like son"....

Qimi pulak memang kami dah agak komen gurunya...kena usaha lebih sikit, jenis pendiam di sekolah. Tak menanya, faham atau tidak. Kalau abangnya sure seawal mungkin dah menanya sehingga dia faham... seperti biasa sedikit sebanyak gurunya tak lari membandingkan antara dia dan abangnya... Kalau Qimi dengar sure dia merajuk. Kali ni ada peningkatan dlm examnya... peratus keseluruhan 63%... berbanding hujung tahun dulu 52%. Alahai anak kedua mama ni... kalau ditegur sikit mudah merajuk... ngikut sapa agaknya. Kalau marah lelebih nanti mulalah keluar ayat yg menaikkan suhu kemarahan mama. Tampak pendiam tapi sesekali mengeluarkan patah perkataan memang pedas berapi, meletup gitu...

Wani... ni lagi sorang puteri babahnya yg cenggeng, kalau moody di pagi hari akan dibawa ke petang. Kalau benda tu yg dikehendakinya tak boleh dilarang, selagi dilarang, selagi tu dia akan berupaya mendapatkannya. Bebarunya ni ada latihan sukan, teachernya masukkan dlm "acara kon ring", dia tak nak acara tu, tak adventure katanya... senang sangat... dia nak acara lari dlm guni jugak... guni lagi tinggi dari dia... pening kepala teachernya. Penyudahnya teachernya ikutkan aje. Yg lawaknya bila sampai di pertengahan, dia keluar dari guni tu berlari ke garisan penamat sambil marah-marah kat guni tu sebab tak bawa dia belari laju-laju, sebab tu dia kalah.... ada ke patut guni pulak yg dipersalahkan. Tergelak dengar cerita teachernya.

Hiqmal... anak bungsu setakat hari ni. Melasaknya payah nak cerita. Selera makan alhamdullillah...semua benda dia suka. Tengahmalam pun kalau terjaga sibuk nak makan nasi lagi... mamanya tak layankan. Kasi minum air masak je... So kalau hujung minggu make sure lepas solat subuh je terus tanak nasi. Nanti bila dia bangun sure nasi yang ditanyanya bukan susu.Hobinya mengacau si kakak yg cengeng tu... selagi kakaknya tak menangis, tak puashati. Bila kakaknya dah menangis, pandai pulak memujuk memeluk kakaknya sambil cakap "I'm sorry....kaki pembuli jugak rupanya.

0 comments:

Post a Comment