Kreatiflah kakitangan maybank ni, banner tu mereka buat sendiri menggunakan banner maybank yg terpakai... kalau dah banker tu tetap dgn istilah belanja berhemah, kiranya edisi jimat kos...tak perlu menempah. Duit untuk banner boleh buat benda lain. Disebabkan ini jugaklah, tak dapat ada sama di Fellow Family Day 2010. Dah kebetulan sama tarikh pulak nak wat cam ne...sebagai isteri solehah kena ikut cakap suami...

Tempatnya memang cantik dan menarik di Tanjung Biru (Blue Lagoon,PD). Dalam kawasan berpagar, dilengkai dgn tempat mainan kanak-kanak mengadap laut... memang bestlah anak2 berbuaian di petang hari. Ada 3 banglow semuanya... dan setiap banglow mempunyai 3 bilik, ruang tamu yg besar dan lapang...






Avanza ku parking cantik di hadapan banglow penginapan kami...


Pukul 3.30 acara sukanneka bermula... pelbagai acara utk kanak-kanak dan stafnya. Belon beracun, cari gula dlm tepung, orang buta, ikat kaki, bawa belon berisi air atas kepala, anak ayam, perah span,muzikal chair. Banyak gamesnya. Hubby pulak buat lawak antarabangsanya... Kiranya menjadi kenangan lawak merekalah, dah ready nak snap gambar hubby tapi bila nengok adegan tepung gomak terus tertawa sampai sakit perut dibuatnya... Alahai suami ku sayang, kalau tak buat adegan spontan memang tak sah..




Selesai sukan, babahnya bawa kami ke Teluk Kemang kejap... ajak gi minum-minum membasahkan tekak dgn ABC. Wani mengambil kesempatan menunggang kuda. Abang-abang dan adiknya, nama je lelaki... tapi penakut. Wani je yg berani..


Malam pulak ada persembahan dari staf... boleh tahan mereka ni, bukan setakat pandai kira duit je, bakat terendam semuanya... tabik spring dgn mereka semuakan berbakat. Hubby memang kaki lawak... adegan spontannya menjadikan lakunannya hidup dan membawa gelaran juara dlm persembahan kumpulan "Lu Fikirlah Sendiri". Bak patah kata anak2nya..."cayalah babah, lokanan mantap dan meletup...". Lepas ni kalau dengar lagu "Aci-Aci bukak pintu... sure anak2nya terjerit mengingati lakonan mantap babahnya...Lepas tu ada pelbagai acara menarik diselangi dgn cabutan bertuah.
Keesokan hari ni selepas sarapan pagi mereka ada sessi bergambar. Lepas tu barulah semuanya turun ke pantai membasahkan diri di air laut. Babahnya yang layan anak2nya bermainan di laut, mamanya layan beborak dgn Kak Liza, Riz and the gengs kat bawah pokok ru je... Dah puas anak dan babah berendam di laut, barulah mereka naik dan membersihkan diri... Lepas lunch kami pun berkemas dan meninggalkan banglow maybank.




Ni pulak gambar si Hiqmal...di waktu orang lain sibuk bersukan, terjerit sana sini...dia buat halnya sendiri...




Ni satu lagi aksi menakalnya... panjat tembok pagar kawasan banglo tu..



Pasangan merah... bukan penyokong Taksin tau.. entah masa bila Haiqal snap foto ni.



Opps..lupa pulak, cabutan bertuah dapat barangan IKEA... suka sesangat dapat kuali yg bertangkai tu.."wok", balang kaca hexagon dan pinggan. Dah lama berangan nak beli "wok" tu tapi setiap kali pergi IKEA... mesti terbeli barangan lain dulu so bila sampai ke bahagian barangan dapur dah tiada budget. Sorry tiada gambar,bateri camera dah kong.

2 comments:

mizie78 said...

Ade no contact caretaker maybank bungalow blue lagoon tu x?

mizie78 said...

Ade no contact caretaker maybank bungalow blue lagoon tu x?

Post a Comment